Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kg.Tebelu & PI Tebelu Open Day 2019

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019 (Ahad), Pusat Internet Kg Tebelu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penduduk Kampung Tebelu kerana sudi hadir memeriahkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kg.Tebelu & PI Tebelu Openday, Untuk pengetahuan bersama Majlis ini adalah anjuran bersama PI bersama Pasukan Rela Kg. Tebelu, JKKK Kg Tebelu, SK Tebelu, KRT Tebelu dan PPWS Tebelu. Pusat Internet juga mengucapkan terima kasih kepada dif-dif Jemputan kerana turutsama memeriahkan majlis kami, antara dif-dif jemputan yang hadir ialah S.A.O Ajis Bin Ahmad (PDK Sebuyau) Tn. Mohd Haffiz Abdul Malik (PPJR, Penolong Pesuruhjaya RELA Sarawak), PN Noorly Iza Amir Roslan (MAXIS) , Kaunselor Hj Hasli dan KK HJ. Polly bin Mat selaku Tuan rumah Majlis ini.

Antara aktiviti yang dilakukan:
• Starter Usahawan yang di bimbing oleh PI Tebelu dan Pi Quop
• Advokasi & KDB Games
• Secure Password
• Aktiviti luar PI Tebelu yang dibimbing oleh pihak rela dan JKKK kampung
• Cabutan tiket bertuah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali